Powered By Blogger

Friday, August 2, 2013

"setiap pertemuan pasti ada perpisahan"


itulah kata-kata yang paling menyedihkan saat kita ingin berpisah dengan orang yang tersayang. Begitulah juga saya, saat berpisah dengan rakan-rakan saya perasaan sedih menguasai jiwa dan terasa seperti tidak mahu melepaskan mereka. Walaupun saya tahu saya akan mendapat rakan-rakan baru di sekolah yang baru tetapi amat berat untuk saya meningggalkan mereka walaupun kami hanya seketika bersama. Tapi saya sudah sedar setiap perpisahan ada hikmah disebaliknya dan sudah memang lumrah hidup seperti itu, apa yang boleh kita lakukan untuk menghalangnya daripada berlaku. Hari pun berlalu tanpa saya sedari dah lama saya berpindah ke sekolah baru tapi terasa seperti baru saja saya masuk. Sekarang tibalah cuti sekolah, tidak sabar rasanya bercuti dan berjumpa dengan rakan-rakan lama tetapi alangkah terkejutnya saya mendapat tahu yang saya kena balik kampung jadi terpaksalah niat ingin berjumpa mereka harus dibatalkan. Mungkin kali ini tidak dapat tapi insyaallah lain kali dapat saya bertemu mereka...

No comments:

Post a Comment